AHLAN WASAHLAN

SELAMAT DATANG KE BLOGKU INI.

JOM BELAJAR..


MENGENALI WARNA

MENGENALI WARNA

Sunday 20 November 2011

PERANAN GURU


1. Guru sebagai pengamal ilmu.
2. Guru sebagai pengamal kemahiran.
3. Agen memenuhi keperluan Negara.
4. Guru sebagai Agen Sosialisasi.
5. Guru sebagai Agen Perubahan.
6. Guru sebagai Pakar Rujuk
7. Guru sebagai Mentor.
8. Guru sebagai Pengurus
9. Guru sebagai Penyelidik
10. Guru sebagai Patriot.

RASIONAL DASAR MBMMBI

Antara rasional dasar MBMMBI ialah:
i. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar  pengajaran sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut.
ii. Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an lagi.
iii.Kebanyakkan Negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.

Friday 18 November 2011

Rancangan Pelajaran Harian

Tajuk:
DUNIA WARNA

Ringkasan:



Dalam topik ini, murid akan mengenalpasti pelbagai warna iaitu biru, merah, hijau, kuning, putih, hitam, ungu, perang dan jingga.
Standard
Kandungan: 
Sains Fizikal
5.1     Mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai warna.

Standard Pembelajaran:
5.1.2   Mengenal pasti warna iaitu hitam, putih, biru, merah, hijau,
           kuning, ungu, dan jingga.

EMK :
Kreativiti dan TMK
Tempoh masa:

2  waktu
Sumber:
1.      Belon Pelbagai Warna (hitam, putih, biru, merah, hijau, kuning, ungu, dan jingga.)
2.      Lampiran 1
3.      Lembaran Kerja 1 (Penilaian)
4.      Lembaran Kerja 2 (Penilaian)
5.      Lembaran Kerja 3 (Pemulihan)
6.      Lembaran Kerja 4 (Pengayaan)
7.      LCD
8.      MS PowerPoint/Lampiran 3 (Warna-warna berbeza)

Aktiviti:

1.      Murid  memerhatikan dan menyatakan warna-warna yang ditayangkan melalui Power Point .
Soalan: 1.  Warna apakah yang dapat kamu perhatikan?
2.      Murid dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan dibekalkan dengan satu belon berwarna berdasarkan warna-warna yang dipaparkan tadi.



3.      Murid dibawa keluar dari kelas ke kawasan tempat letak kenderaan.
4.      Murid memerhatikan objek  di sekeliling yang mempunyai warna  yang sama mengikut kumpulan masing-masing (contoh kenderaan, tiang, pasu, bangunan sekolah dan sebagainya).
5.      Murid menyenaraikan dan menamakan objek yang dilihat dengan warna kumpulan.
6.      Guru menjelaskan bahawa objek-objek di sekeliling mempunyai warna-warna tertentu.
7.      Guru kemudian membawa murid mengelilingi kawasan sekolah untuk mengenalpasti warna-warna lain. Guru membawa murid balik ke kelas.
8.      Guru menunjukkan semula power point dengan warna-warna yang berbeza (biru, merah, hijau, kuning, putih, hitam, ungu dan jingga) dan murid menyebut warna yang ditunjukkan. Guru menekankan aspek ejaan dan sebutan. (Lampiran 2)
9.      Guru mengedarkan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2
      kepada murid
10.  Guru memaparkan gambar pada skrin dan menyoal murid apa akan terjadi sekiranya semua objek sekeliling kita mempunyai warna yang sama.
( Lampiran 1)
11.  Guru mengaitkan warna dengan alam sekeliling dengan kejadian ciptaan Nya.

Penilaian:
Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dan
Lembaran Kerja 2
Aktiviti Pemulihan:
Murid menjawab Lembaran Kerja 3 


Aktiviti Pengayaan:


Mewarnakan gambar mengikut kreativiti murid menggunakan MS Paint.

VIDEO