AHLAN WASAHLAN

SELAMAT DATANG KE BLOGKU INI.

JOM BELAJAR..


MENGENALI WARNA

MENGENALI WARNA

RPH 1


Rancangan Pengajaran Harian
Disiplin Ilmu               :           Dunia Sains Dan Teknologi
Hari                             :           Isnin
Tarikh                          :           11.04.2011
Masa                            :           7.25 pagi-8.25 pagi
Tema                           :           Sains fizikal
Bidang                                    :           5. Mata untuk melihat
Masa                            :           60 minit
Standard Kandungan  :           5.1       Mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai warna
Standard Pembelajaran:          5.1       Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang
berkaitan  dengan   deria penglihatan.
                                                5.2       Mengenal pasti warna iaitu hitam, putih, biru, merah, hijau,                                                  ungu dan jingga.
                                                5.3       Menaakul kepentingan warna dalam kehidupan secara lisan
Objektif                       : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
(i) Menyebut pelbagai  warna iaitu hitam, putih, biru, merah, hijau, ungu  
    dan jingga.
                                    (ii)Menjelaskan tentang kepentingan warna.


Langkah

Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
(5 minit)

Mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai warna

Murid memilih sebiji belon dan meniup belon sehingga pecah. Murid mengambil kertas yang telah diletakkan didalam belon tersebut dan membacakan perkataan yang tertera pada kertas tersebut.

Membuat hipotesis

Langkah 1
(10 minit)





Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria penglihatan.

Seorang  murid diminta menutup kepala dengan beg kertas. Murid diminta untuk melakukan beberapa perlakuan seperti bercakap, mendengar, menghidu dan melihat


Langkah 2
(10 minit)











Mengenal pasti warna iaitu hitam, putih, biru, merah, hijau, ungu dan jingga.

Guru membawa murid mengelilingi  kawasan sekolah yang berdekatan dengan bilik darjah. Guru membimbing murid mengenal pasti warna yang terdapat pada objek yang dijumpai dan murid mengulangi sebutan tersebut. Contoh: daun- hijau, tong sampah- hitam, mural pada dinding sekolah – ungu
Guru membawa murid balik ke kelas.
Guru menunjukkan kad  berwarna (biru, merah, hijau, kuning, putih, hitam, ungu dan jingga).

Murid-murid mengeja dan menyebut jenis warna berdasarkan kad perkataan secara individu dan kumpulan.


Langkah 3
(10 minit )



Menaakul kepentingan warna dalam kehidupan secara lisan

Guru menyoal kepentingan warna dalam kehidupan seharian.

Jangkaan jawapan oleh murid ialah:
1.Penggunaan lampu isyarat.
2.Tulisan seperti tulisan yang ditulis berwarna merah menunjukkan isyarat bahaya.


Penilaian
(20minit)


Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2


Refleksi
(5 minit)








Murid merumuskan isi pembelajaran dengan bimbingan guru.
Guru menerapkan nilai mensyukuri dan menghargai alam sekeliling ciptaanNya yang beraneka warna.



EMK                           :           Kreativiti dan inovatif.
Bahan Bantu Belajar  :            Beg Kertas, Belon Beraneka Warna, Kad Perkataan, Lembaran Kerja.

VIDEO